Soalan Lazim

Umum
Apakah jenis kursus yang terdapat/ditawarkan di APN dan siapakah golongan sasar peserta bagi kursus di APN?

Kursus yang diadakan di ILKAP adalah berdasarkan Program Latihan yang terdapat di ILKAP iaitu Program Kehakiman, Program Perundangan, Program Penasihat, Program Litigasi dan Program Pembangunan Kerjaya dan Pentadbiran.
Golongan yang disasarkan ialah pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Namun, ada juga kursus yang dibuka penyertaannya kepada peserta daripada pelbagai jabatan / agensi Kerajaan dan pihak swasta.

Bagaimanakah pemilihan peserta dilakukan?

Pemilihan peserta dibuat berdasarkan pencalonan oleh Ketua Jabatan / Ketua Bahagian yang berkenaan. Sekiranya terdapat mana-mana penjawat awam yang memohon secara atas talian, permohonan perlu disokong / melalui Ketua Jabatan / Ketua Bahagian. Mana-mana peserta dari sektor swasta yang memohon apa-apa program latihan secara dalam talian, permohonan akan diterima berdasarkan kekosongan.

Adakah pemilihan peserta dibuat berdasarkan Zon / Negeri, minat dan bidang tugas peserta kursus?

Tidak.

Bagaimanakah pemilihan penceramah dibuat?

Bagi penceramah daripada kalangan penjawat awam, APN memohon penceramah daripada mana-mana badan atau agensi Kerajaan yang berkenaan, berdasarkan bidang kepakaran penceramah yang diperlukan. Pemilihan penceramah swasta pula dibuat oleh APN berdasarkan bidang kepakaran yang diperlukan.

Berapakah bayaran yuran peserta untuk mengikuti kursus di APN?

Kadar yuran program latihan / kursus berjadual ILKAP adalah seperti yang berikut:

Bil.

Jenis Program Latihan

Kerajaan

Swasta Dalam Negeri

1

Kursus untuk 1 - 7 hari

RM30.00 keseluruhan

RM300.00 sehari

2

Kursus lebih dari 7 hari

RM50.00 keseluruhan

RM300.00 sehari

Rujukan boleh dibuat ke laman web rasmi ILKAP.

Bagaimanakah kurikulum kursus dirangka?

Kurikulum kursus dirangka melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kursus (JKKK) atau Jawatankuasa Kajian Semula Kurikulum Kursus (JKKSK). Mesyuarat ini dihadiri oleh pakar daripada pelbagai bidang yang berkenaan dan pemegang taruh APN yang dijemput oleh APN.

Bagaimanakah cara untuk membuat penilaian kursus APN?

Peserta kursus APN boleh membuat penilaian kursus APN dalam sistem ICMAS dengan menggunakan komputer / telefon bimbit.

Adakah kemudahan asrama disediakan untuk peserta kursus?

Asrama APN disediakan dan keutamaan penginapan adalah diberikan kepada peserta kursus dari luar Lembah Kelang.

Adakah peserta kursus dibenarkan menggunakan kemudahan internet di Pusat Sumber ILKAP?

Ya.

Bagaimana untuk membuat aduan sekiranya terdapat apa-apa kemudahan/perkhidmatan yang tidak memuaskan? Contohnya makanan yang disediakan tidak memuaskan.

Pengadu boleh mengemukakan aduan melalui pelbagai saluran iaitu -

  1. Laman web APN; atau
  2. Borang Aduan yang boleh didapati di Galeria, Bangunan Perdana APN.

Aduan akan diberi maklum balas selewatnya 48 jam selepas aduan diterima.

Adakah kursus dijalankan pada waktu malam?

Bergantung kepada kurikulum kursus yang berkenaan.

Adakah ILKAP mengadakan sesi lawatan selain daripada ceramah?

Bergantung kepada kurikulum kursus yang memerlukan sesi lawatan untuk diadakan.

Bolehkah ILKAP mengadakan kursus kerjasama dengan mana-mana jabatan / agensi Kerajaan yang lain?

Boleh. Mana-mana jabatan / agensi Kerajaan yang berminat boleh mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah APN secara bertulis.

Bolehkah mana-mana pegawai ILKAP dijemput sebagai penceramah oleh mana-mana jabatan / agensi Kerajaan?

Mana-mana jabatan / agensi Kerajaan yang berminat boleh mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah APN memohon seorang pegawai / pegawai-pegawai APN untuk dilantik sebagai penceramah bagi mana-mana kursus anjuran mana-mana jabatan / agensi Kerajaan.

Apakah metodologi penyampaian ceramah di ILKAP?

Syarahan, kajian kes, latih amal, perbincangan sindiket, mock trial, lawatan dan tayangan video.

Bagaimanakah caranya sekiranya terdapat pelanggan ILKAP ingin mencadangkan kursus-kursus baharu?

Mana-mana pihak yang berminat boleh mengemukakan cadangan melalui surat / e-mel kepada Ketua Pengarah APN.

Adakah pihak APN melayan permohonan para peserta dari luar negara untuk mengikuti kursus di APN?

Sekiranya ada peserta dari luar negara yang berminat untuk menyertai mana-mana kursus di APN, permohonan boleh dikemukakan secara atas talian ataupun melalui e-mel kepada Ketua Pengarah APN.

Apakah kemudahan fasiliti yang boleh didapati di APN?

Antara fasiliti yang disediakan di APN ialah makmal komputer, perpustakaan, mahkamah moot, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di bawah program MyTC. Maklumat lanjut mengenai kemudahan penggunaan fasiliti APN boleh didapati di laman web APN.

Bagaimanakah kaedah untuk menggunakan fasiliti APN?

Permohonan penggunaan fasiliti APN boleh dikemukakan kepada APN melalui laman web APN www.ilkap.gov.my. Keputusan / kelulusan permohonan penggunaan fasiliti APN akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh dua minggu bermula dari tarikh permohonan diterima.

Soalan-Soalan Lazim Kursus Diploma Eksekutif Penguatkuasaan Undang-Undang