Bahagian Maklumat

OBJEKTIF

  • Menyediakan bahan perundangan termasuk bahan elektronik untuk memenuhi keperluan maklumat di ILKAP dalam bidang undang-undang, pengurusan, latihan, grafik dan komputer;
  • Perkongsian dan pertukaran maklumat antara Perpustakaan dan institusi lain dalam dan luar negara; dan
  • Menggalakkan pembacaan dan penyelidikan dalam bidang penghakiman dan perundangan.

Perkhidmatan

  • Rujukan Dan Maklumat : Menyalurkan maklumat bagi tujuan penyelidikan dan rujukan dengan menjawab pertanyaan rujukan, memberi khidmat nasihat pembaca dan mengumpul serta mengolah maklumat "repackaging of information" mengikut keperluan pengguna.
  • Pinjaman : Pinjaman bahan dan keahlian dibuka kepada pegawai dan kakitangan serta peserta kursus dan pensyarah.
  • Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP): Melalui perkhidmatan ini bahan yang tidak terdapat di dalam koleksi ILKAP boleh diperolehi daripada perpustakaan lain dengan mengisiĀ borang SPP.
  • Sistem Perpustakaan Berkomputer : Pengguna boleh mengakses bahan dengan menggunakan OPAC (Online Public Access Catalog) melalui tajuk perkara, penerbit, pengarang dan nombor pengkelasan. Sistem perpustakaan ini adalah 'Micro VTLS'.
  • Internet : Melalui sistem ini pengguna boleh mengakses pangkalan data dari dalam dan luar negara.
  • Perkhidmatan 'On-Line'
  • CD-ROM : Keseluruhan teks MLJ (The Malayan Law Journal) dari tahun 1932 dan SLR (The Singapore Law Reports) dari tahun 1965, dan All England Reports boleh diperolehi melalui CD-ROM.Pencarian boleh dibuat dengan menggunakan satu perkataan atau kombinasi pelbagai perkataan, termasuk prasa.
  • Audiovisual : Koleksi ini mengandungi pita video dan foto mengenai kursus dan aktiviti di ILKAP.

Koleksi

  • Buku : Pada asasnya koleksi di Bahagian Maklumat ILKAP mengandungi buku-buku berkaitan undang-undang. Buku-buku perkara lain juga diperolehi.
  • Laporan Undang-Undang : Kebanyakan daripada koleksi terbitan bersiri adalah laporan undang-undang berdasarkan bidang undang-undang. Walaubagaimana pun terdapat juga terbitan bersiri umum.
  • Laporan Tahunan : Laporan Tahunan yang diterima adalah daripada Jabatan Kerajaan dan Sektor Awam.
  • Warta Kerajaan : Koleksi Warta Kerajaan (Gazet) meliputi Akta / 'A' Series / Rang Undang-undang
  • Keratan Akhbar : Meliputi bidang undang-undang, perkhidmatan awam dan isu-isu semasa.
  • Nota Kursus : Koleksi nota kursus yang dijalankan oleh ILKAP.
  • Pita Video : Pita Video adalah sebahagian daripada koleksi Perpustakaan dan digunakan dalam kursus-kursus yang dijalankan oleh ILKAP.