Senarai yang dipaparkan ini adalah aduan/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan ILKAP dan Laman Rasmi ILKAP. Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini.

Kami mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi aduan/ cadangan/ pertanyaan ke atas perkhidmatan kami di Aduan, Cadangan dan Pertanyaan

Bil
Nama
Aduan/Cadangan/Pertanyaan
Maklum Balas
1
anizah
boleh saya tahu berapakah kadar sewaan auditorium?
Assalammualaikum WBT,
Tuan/puan,

Emel terdahulu adalah dirujuk.

2. Untuk makluman kadar sewaan auditorium adalah seperti berikut:-
  • 1 jam - RM 170.00
  • 4 jam - RM 680.00
  • 1 hari - RM 1,200.00
3. Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan institut latihan awam sebagai tempat berkursus, ILKAP juga bergerak selaras dengan MyTC dan harga di atas akan diberikan potongan sebanyak 50% bagi pengguna dari swasta.

Sekiranya pihak puan berminat untuk menggunakan fasiliti kami, pihak puan dialu-alukan untuk menghubungi pegawai berkenaan untuk pertanyaan lanjut:-
  1. Puan Haslina binti Ali - 03 8924 3400
  2. Puan Ezarina binti Mohd Khalimi - 03 8924 3400
Sekian, terima kasih.
2
ZURITAHAIZA BINTI MOHAMED
Adakah kursus di ILKAP terbuka kepada agensi kerajaan yang lain untuk memohon?
ILKAP amat mengalu-alukan pegawai daripada agensi lain memohon kursus yang ditawarkan di ILKAP.
Sila rujuk Jadual Kursus Berjadual ILKAP yang dibuka kepada pihak swasta sekiranya berminat untuk mengikuti mana-mana kursus tersebut.
3
Emma
Saya nak tanya boleh tak kalau saya nak jemput untuk menjadi penceramah? Apakah prosedur yang perlu saya buat?
Assalamualaikum wbt Dan Salam Sejahtera.

Tuan/Puan,
Perkara tersebut di atas di ambil maklum.
2. Bahawa pihak tuan/puan di kehendaki membuat Surat Permohonan Rasmi kepada Ketua Pengarah Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP) di emal kp@ilkap.gov.my.
3. Nyatakan butiran permohonan tuan/puan atau pun maksud program apakah yang akan di adakan. Diantaranya termasuklah:
  • Tajuk Kursus/Ceramah yang akan di adakan;
  • Masa mengikut ketetapan yang dipersetujui bersama; dan
  • Tempat yang dicadangkan.
Sekian, terima kasih.
4
mohd firdaus sukor
1.memohon kursus 2.bagaimana hendak mendapatkan borang
Assalamualaikum, Tuan,
Merujuk kepada perkara tersebut.
Untuk makluman, permohonan kursus di ILKAP boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem ICMAS atau pada alamat berikut : https://icmas.ilkap.gov.my/peserta.
Tuan boleh mendaftarkan akaun sekiranya masih belum berdaftar. Sekian, terima kasih.
5
MOHD ZULHISYAM BIN OTHMAN
Adakah terdapat Kursus Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah (Bailif)? Saya berminat untuk menyertainya, mohon maklumat berkaitan kursus tersebut. Sekian, terima kasih. MOHD ZULHISYAM BIN OTHMAN Bailif Mahkamah Majistret Bukit Mertajam
Tuan, Untuk makluman, permohonan di bawah telah dikemukakan kepada Penyelaras/Urusetia kursus Bengkel Pelaksanaan Dan Penguatkuasaan Perintah/Penghakiman Mahkamah Untuk Pembantu Tadbir Undang-Undang Kehakiman (19-21 Julai) iaitu Cik Alia dan Syahira.
6
zodie hanafiah
a good informative and interactive website. keep up the good work
Sir, Thank you for your support. We will constantly improve ILKAP Official Website.
7
Rahadi Bin Bakar
Bagaimana nak tahu senarai peserta yang berjaya mengikuti kursus di ILKAP?
Tuan, Tuan/Puan boleh menyemak status permohonan melalui Sistem ICMAS dua (2) minggu sebelum kursus berkaitan dijalankan. Walau bagaimana pun, Tuan juga boleh menghubungi Penyelaras/Urusetia Kursus berkaitan untuk sebarang masalah atau maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.