OBJEKTIF
- Menyediakan bahan perundangan termasuk bahan elektronik untuk memenuhi keperluan maklumat di ILKAP dalam bidang undang-undang, pengurusan, latihan, grafik dan komputer;
- Perkongsian dan pertukaran maklumat antara Perpustakaan dan institusi lain dalam dan luar negara; dan
- Menggalakkan pembacaan dan penyelidikan dalam bidang penghakiman dan perundangan.
Perkhidmatan
- Rujukan Dan Maklumat : Menyalurkan maklumat bagi tujuan penyelidikan dan rujukan dengan menjawab pertanyaan rujukan, memberi khidmat nasihat pembaca dan mengumpul serta mengolah maklumat "repackaging of information" mengikut keperluan pengguna.
- Pinjaman : Pinjaman bahan dan keahlian dibuka kepada pegawai dan kakitangan serta peserta kursus dan pensyarah.
- Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP): Melalui perkhidmatan ini bahan yang tidak terdapat di dalam koleksi ILKAP boleh diperolehi daripada perpustakaan lain dengan mengisi borang SPP.
- Sistem Perpustakaan Berkomputer : Pengguna boleh mengakses bahan dengan menggunakan OPAC (Online Public Access Catalog) melalui tajuk perkara, penerbit, pengarang dan nombor pengkelasan. Sistem perpustakaan ini adalah 'Micro VTLS'.
- Internet : Melalui sistem ini pengguna boleh mengakses pangkalan data dari dalam dan luar negara.
- Perkhidmatan 'On-Line'
- CD-ROM : Keseluruhan teks MLJ (The Malayan Law Journal) dari tahun 1932 dan SLR (The Singapore Law Reports) dari tahun 1965, dan All England Reports boleh diperolehi melalui CD-ROM.Pencarian boleh dibuat dengan menggunakan satu perkataan atau kombinasi pelbagai perkataan, termasuk prasa.
- Audiovisual : Koleksi ini mengandungi pita video dan foto mengenai kursus dan aktiviti di ILKAP.
Koleksi
- Buku : Pada asasnya koleksi di Bahagian Maklumat ILKAP mengandungi buku-buku berkaitan undang-undang. Buku-buku perkara lain juga diperolehi.
- Laporan Undang-Undang : Kebanyakan daripada koleksi terbitan bersiri adalah laporan undang-undang berdasarkan bidang undang-undang. Walaubagaimana pun terdapat juga terbitan bersiri umum.
- Laporan Tahunan : Laporan Tahunan yang diterima adalah daripada Jabatan Kerajaan dan Sektor Awam.
- Warta Kerajaan : Koleksi Warta Kerajaan (Gazet) meliputi Akta / 'A' Series / Rang Undang-undang
- Keratan Akhbar : Meliputi bidang undang-undang, perkhidmatan awam dan isu-isu semasa.
- Nota Kursus : Koleksi nota kursus yang dijalankan oleh ILKAP.
- Pita Video : Pita Video adalah sebahagian daripada koleksi Perpustakaan dan digunakan dalam kursus-kursus yang dijalankan oleh ILKAP.