PENGENALAN

Objektif Bahagian Latihan ialah merancang dan mengendalikan kursus yang bersesuaian dengan perkembangan semasa undang-undang. Ia juga bagi memenuhi keperluan dan kehendak Jabatan dan agensi kerajaan dalam usaha mempertingkatkan mutu kemahiran dan profesionalisme perkhidmatan awam.

Bagi melaksanakan objektif tersebut, Bahagian Latihan telah dipertanggungjawabkan untuk melaksana program latihan yang sistematik dan terancang.

Aktiviti utama Bahagian ini ialah menganjur dan melaksanakan kursus bagi memberi latihan khususnya kepada pegawai dan kakitangan kehakiman dan perundangan serta pegawai dan kakitangan awam yang terlibat dalam pentadbiran dan penguatkuasaan undang-undang.

Bahagian ini terdiri daripada lima (5) program latihan. Program-program latihan adalah seperti berikut:

Objektif Program Perundangan

Objektif Program Litigasi

Objektif Program Kehakiman

Objektif Program Penasihat

Objektif Program Pembangunan Kerjaya dan Pentadbiran