Soalan 1
Jawapan
Apakah jenis kursus yang terdapat/ditawarkan di ILKAP dan siapakah golongan sasar peserta bagi kursus di ILKAP?
Kursus yang diadakan di ILKAP adalah berdasarkan Program Latihan yang terdapat di ILKAP iaitu Program Kehakiman, Program Perundangan, Program Penasihat, Program Litigasi dan Program Pembangunan Kerjaya dan Pentadbiran.
Golongan yang disasarkan ialah pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Namun, ada juga kursus yang dibuka penyertaannya kepada peserta daripada pelbagai jabatan / agensi Kerajaan dan pihak swasta.

Soalan 2
Jawapan
Bagaimanakah pemilihan peserta dilakukan?
Pemilihan peserta dibuat berdasarkan pencalonan oleh Ketua Jabatan / Ketua Bahagian yang berkenaan. Sekiranya terdapat mana-mana penjawat awam yang memohon secara atas talian, permohonan perlu disokong / melalui Ketua Jabatan / Ketua Bahagian. Mana-mana peserta dari sektor swasta yang memohon apa-apa program latihan secara dalam talian, permohonan akan diterima berdasarkan kekosongan.

Soalan 3
Jawapan
Adakah pemilihan peserta dibuat berdasarkan Zon / Negeri, minat dan bidang tugas peserta kursus?
Tidak.

Soalan 4
Jawapan
Bagaimanakah pemilihan penceramah dibuat?
Bagi penceramah daripada kalangan penjawat awam, ILKAP memohon penceramah daripada mana-mana badan atau agensi Kerajaan yang berkenaan, berdasarkan bidang kepakaran penceramah yang diperlukan. Pemilihan penceramah swasta pula dibuat oleh ILKAP berdasarkan bidang kepakaran yang diperlukan.

Soalan 5
Jawapan
Berapakah bayaran yuran peserta untuk mengikuti kursus di ILKAP?
Kadar yuran program latihan / kursus berjadual ILKAP adalah seperti yang berikut:
Bil.
Jenis Program Latihan
Kerajaan
Swasta Dalam Negeri
1
Kursus untuk 1 - 7 hari
RM30.00 keseluruhan
RM300.00 sehari
2
Kursus lebih dari 7 hari
RM50.00 keseluruhan
RM300.00 sehari
Rujukan boleh dibuat ke laman web rasmi ILKAP.

Soalan 6
Jawapan
Bagaimanakah kurikulum kursus dirangka?
Kurikulum kursus dirangka melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kursus (JKKK) atau Jawatankuasa Kajian Semula Kurikulum Kursus (JKKSK). Mesyuarat ini dihadiri oleh pakar daripada pelbagai bidang yang berkenaan dan pemegang taruh ILKAP yang dijemput oleh ILKAP.

Soalan 7
Jawapan
Bagaimanakah cara untuk membuat penilaian kursus ILKAP?
Peserta kursus ILKAP boleh membuat penilaian kursus ILKAP dalam sistem ICMAS dengan menggunakan komputer / telefon bimbit.

Soalan 8
Jawapan
Adakah kemudahan asrama disediakan untuk peserta kursus?
Asrama ILKAP disediakan dan keutamaan penginapan adalah diberikan kepada peserta kursus dari luar Lembah Kelang.

Soalan 9
Jawapan
Adakah peserta kursus dibenarkan menggunakan kemudahan internet di Pusat Sumber ILKAP?
Ya.

Soalan 10
Jawapan
Bagaimana untuk membuat aduan sekiranya terdapat apa-apa kemudahan/perkhidmatan yang tidak memuaskan? Contohnya makanan yang disediakan tidak memuaskan.
Pengadu boleh mengemukakan aduan melalui pelbagai saluran iaitu -
  1. Laman web ILKAP; atau
  2. Borang Aduan yang boleh didapati di Galeria, Bangunan Perdana ILKAP.
Aduan akan diberi maklum balas selewatnya 48 jam selepas aduan diterima.

Soalan 11
Jawapan
Adakah kursus dijalankan pada waktu malam?
Bergantung kepada kurikulum kursus yang berkenaan.

Soalan 12
Jawapan
Adakah ILKAP mengadakan sesi lawatan selain daripada ceramah?
Bergantung kepada kurikulum kursus yang memerlukan sesi lawatan untuk diadakan.

Soalan 13
Jawapan
Bolehkah ILKAP mengadakan kursus kerjasama dengan mana-mana jabatan / agensi Kerajaan yang lain?
Boleh. Mana-mana jabatan / agensi Kerajaan yang berminat boleh mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah ILKAP secara bertulis.

Soalan 14
Jawapan
Bolehkah mana-mana pegawai ILKAP dijemput sebagai penceramah oleh mana-mana jabatan / agensi Kerajaan?
Mana-mana jabatan / agensi Kerajaan yang berminat boleh mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah ILKAP memohon seorang pegawai / pegawai-pegawai ILKAP untuk dilantik sebagai penceramah bagi mana-mana kursus anjuran mana-mana jabatan / agensi Kerajaan.

Soalan 15
Jawapan
Apakah metodologi penyampaian ceramah di ILKAP?
Syarahan, kajian kes, latih amal, perbincangan sindiket, mock trial, lawatan dan tayangan video.

Soalan 16
Jawapan
Bagaimanakah caranya sekiranya terdapat pelanggan ILKAP ingin mencadangkan kursus-kursus baharu?
Mana-mana pihak yang berminat boleh mengemukakan cadangan melalui surat / e-mel kepada Ketua Pengarah ILKAP.

Soalan 17
Jawapan
Adakah pihak ILKAP melayan permohonan para peserta dari luar negara untuk mengikuti kursus di ILKAP?
Sekiranya ada peserta dari luar negara yang berminat untuk menyertai mana-mana kursus di ILKAP, permohonan boleh dikemukakan secara atas talian ataupun melalui e-mel kepada Ketua Pengarah ILKAP.

Soalan 18
Jawapan
Apakah kemudahan fasiliti yang boleh didapati di ILKAP?
Antara fasiliti yang disediakan di ILKAP ialah makmal komputer, perpustakaan, mahkamah moot, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di bawah program MyTC. Maklumat lanjut mengenai kemudahan penggunaan fasiliti ILKAP boleh didapati di laman web ILKAP.

Soalan 19
Jawapan
Bagaimanakah kaedah untuk menggunakan fasiliti ILKAP?
Permohonan penggunaan fasiliti ILKAP boleh dikemukakan kepada ILKAP melalui laman web ILKAP www.ilkap.gov.my. Keputusan / kelulusan permohonan penggunaan fasiliti ILKAP akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh dua minggu bermula dari tarikh permohonan diterima.

Soalan 20
Jawapan
Soalan-soalan lazim berkenaan Kursus Diploma Eksekutif Penguatkuasaan Undang-Undang
Sila klik disini...