PENGENALAN

Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) telah ditubuhkan susulan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Mac 1992 dan mula beroperasi pada 23 Disember 1993. Jemaah Menteri juga telah memutuskan supaya ILKAP diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

VISI

Peneraju kecemerlangan tenaga kerja profesional yang mampan dalam bidang kehakiman dan perundangan di Malaysia.

MISI

Meningkatkan pengetahuan, kemahiran, kompetensi dan profesionalisme pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan dan agensi penguatkuasaan dengan melaksanakan latihan yang relevan, berkualiti dan efektif selaras dengan perkembangan undang-undang semasa.

OBJEKTIF

Meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan kualiti perkhidmatan pekhidmat awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam bidang kehakiman dan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.

FUNGSI

PIAGAM PELANGGAN

Kami adalah komited untuk menyediakan program latihan yang berkualiti selaras dengan hala tuju ke arah peningkatan kecekapan, kecemerlangan dan profesionalisme pegawai-pegawai kehakiman dan perundangan serta pegawai-pegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang:

Kami berjanji akan: