Laman Rasmi Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)

PENGENALAN

ILKAP telah mendapat pensijilan MS ISO 9001 : 2008 pada 19 Mac 2010 daripada Llyod Register Quality Assurance (LRQA). Upacara penyerahan sijil telah diadakan pada 23 Mac 2010 di Kampus ILKAP, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sijil telah disampaikan oleh Pengurus Wilayah Llyod Register Quality Assurance (LRQA) Dr. Ooi Cheng Lee, kepada YBhg. Tan Sri Ismail Adam Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang merupakan Ahli Lembaga Pengurusan ILKAP.

SKOP

Skop pelaksanaan sistem kualiti adalah merangkumi Proses Pengendalian Program Latihan Kehakiman dan Perundangan di ILKAP yang bersijil.

KOMITMEN

Pengurusan atasan bertanggungjawab (komited) dalam membangunkan, melaksanakan dan menambah baik secara berterusan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti dengan :

  • Menyampaikan kepada semua kakitangan mengenai pentingnya bagi organisasi memenuhi kehendak pelanggan serta mematuhi keperluan peraturan dan perundangan;

  • Mewujudkan dasar kualiti;

  • Memastikan objektif-objektif kualiti diwujudkan;

  • Menjalankan Kajian Semula Pengurusan; dan

  • Memastikan sumber yang perlu disediakan.

  • DASAR KUALITI

    Dasar Kualiti ILKAP adalah untuk meningkatkan kemahiran pegawai kehakiman dan perundangan khususnya dan anggota perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan secara amnya, menuju ke arah kecemerlangan di dalam perkhidmatan awam melalui latihan. ILKAP akan berusaha memenuhi keperluan dan penambahbaikan yang berterusan atas keberkesanan sistem pengurusan supaya kehendak pelanggan ILKAP dapat dipenuhi. Pelaksanaan Dasar Kualiti ILKAP akan dikaji mengikut ketetapan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) untuk memastikan kesesuaiannya yang berterusan.