Laman Rasmi Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)

Senarai yang dipaparkan ini adalah aduan/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan ILKAP dan Laman Rasmi ILKAP. Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini.

Kami mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi aduan/ cadangan/ pertanyaan ke atas perkhidmatan kami di Aduan, Cadangan dan Pertanyaan

Bil
Nama
Aduan/Cadangan/Pertanyaan
Maklum Balas
1
MOHD ZULHISYAM BIN OTHMAN
Adakah terdapat Kursus Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah (Bailif)? Saya berminat untuk menyertainya, mohon maklumat berkaitan kursus tersebut. Sekian, terima kasih. MOHD ZULHISYAM BIN OTHMAN Bailif Mahkamah Majistret Bukit Mertajam
Tuan, Untuk makluman, permohonan di bawah telah dikemukakan kepada Penyelaras/Urusetia kursus Bengkel Pelaksanaan Dan Penguatkuasaan Perintah/Penghakiman Mahkamah Untuk Pembantu Tadbir Undang-Undang Kehakiman (19 21 Julai) iaitu Cik Alia dan Syahira.
2
zodie hanafiah
a good informative and interactive website. keep up the good work
Sir, Thank you for your support. We will constantly improve ILKAP Official Website.
3
Rahadi Bin Bakar
Bagaimana nak tahu senarai peserta yang berjaya mengikuti kursus di ILKAP?
Tuan, Tuan/Puan boleh menyemak status permohonan melalui Sistem ICMAS dua (2) minggu sebelum kursus berkaitan dijalankan. Walau bagaimana pun, Tuan juga boleh menghubungi Penyelaras/Urusetia Kursus berkaitan untuk sebarang masalah atau maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.