Laman Rasmi Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)

PENGENALAN

Mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan menerusi perancangan, pengawasan serta pengawalan dalam fungsi Pentadbiran, Perkhidmatan, Kewangan, Domestik dan Penyelenggaraan, serta menyediakan khidmat sokongan logistik kepada semua program dan aktiviti ILKAP.

Bahagian ini terdiri daripada empat (4) seksyen/unit. Seksyen/unit latihan adalah seperti berikut:

Seksyen Kewangan, Pentadbiran dan Perkhidmatan

Seksyen ini bertanggungjawab bagi menyediakan bajet tahunan, mengawasi dan mengawal peruntukan bajet, mengurus pembayaran emolumen dan perolehan serta menyelaras penyata akaun dan pertanyaan audit.

Seksyen ini menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran am dan sumber manusia. Fungsi Seksyen ini merangkumi hal-hal dasar pentadbiran ILKAP, penyediaan keperluan latihan seperti kemudahan bilik kuliah, theatrette, auditorium, mahkamah moot, kenderaan, pengurusan stor, pengurusan perolehan, bekalan dan perkhidmatan.

Seksyen ini juga terlibat dengan hal-hal berkaitan perhubungan awam serta mewakili ILKAP dalam mesyuarat dengan jabatan-jabatan lain.

Ianya juga bertanggungjawab bagi semua hal sumber manusia ILKAP yang terdiri daripada perkhidmatan dan kerjaya pegawai dan kakitangan ILKAP. Pelbagai kursus dan sesi latihan telah dijalankan sepanjang tahun adalah untuk menambahbaikkan kompetensi tenaga kerjanya.

Back to top

Seksyen Domestik, Penyelenggaraan dan Pengurusan Aset

Seksyen ini bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelenggara bangunan di kampus ILKAP seperti berikut:

Seksyen ini mengendalikan fungsi berikut:

Selain itu, Seksyen ini juga bertanggungjawab mengurus aset (harta modal dan inventori) di ILKAP.

Back to top

Seksyen Teknologi Maklumat

Seksyen in bertanggungjawab untuk :

Unit Integriti

Back to top