Laman Rasmi Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)

Persoalan yang ditimbulkan berdasarkan Borang Soal Selidik - Kajian Kepuasan Pelanggan.


Soalan 1
Jawapan
Bagaimanakah pemilihan peserta dilakukan?
ILKAP akan menulis surat kepada Ketua Jabatan dan Ketua Jabatan akan mencalonkan peserta dari Jabatan masing-masing dan bukan bidang kuasa ILKAP untuk membuat pemilihan peserta.

Soalan 2
Jawapan
Adakah pemilihan peserta mengikut Zon/Negeri, minat dan bidang tugas peserta kursus?
Jawapan rujuk No. 1.

Soalan 3
Jawapan
Bagaimanakah pemilihan penceramah dibuat?
ILKAP tidak mempunyai bidangkuasa memilih penceramah. Sekiranya penceramah tersebut dari kalangan Pegawai Perundangan dan Kehakiman, maka ILKAP akan menulis surat kepada Ketua Bahagian masing-masing dan Ketua Bahagian tersebut akan mencalonkan pegawai-pegawai yang akan memberi ceramah. Sekiranya, beliau adalah seorang Hakim , maka Ketua Hakim Negara yang akan membuat pencalonan tersebut. Bagi penceramah luar pula, maka ILKAP akan menulis surat terus kepada agensi/firma/universiti tersebut untuk meminta penceramah dari kalangan mereka.

Soalan 4
Jawapan
Bagaimanakah kurikulum kursus dirangka?
Bagi kursus-kursus baru, maka pihak ILKAP akan memanggil mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum yang terdiri daripada wakil-wakil daripada Jabatan/Bahagian yang berkenaan khusus untuk merangka kurikulum kursus. Bagi kursus-kursus lama yang ingin dikaji semula, maka mesyuarat Kaji Semula Kurikulum akan juga dipanggil untuk merombak semula kandungan kurikulum kursus untuk memastikan ia sesuai dengan perkembangan semasa dan sesuai dengan kehendak pelanggan ILKAP sendiri (Tailor-made Course).

Soalan 5
Jawapan
Anda boleh menulis surat kepada Ketua Penolong Pengarah, Unit Penyelidikan dan Inovasi, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Lot 5, Jalan Universiti, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, 46350 Selangor Darul Ehsan. Pihak ILKAP akan menghantar senaskah Buku Program Latihan Tahunan ILKAP kepada anda.

Soalan 6
Jawapan
Adakah kemudahan asrama disediakan untuk peserta kursus?
Ada dan keutamaan diberikan kepada peserta Luar Daerah.

Soalan 7
Jawapan
Berapakah jarak Kuala Lumpur ke ILKAP?
Lebih kurang 35 km.

Soalan 8
Jawapan
Apakah kemudahan awam yang boleh digunakan untuk sampai ke ILKAP dari Kuala Lumpur?
Terdapat Perkhidmatan Komuter, Teksi dan Bas.

Soalan 9
Jawapan
Bagaimana untuk membuat aduan sekiranya terdapat kemudahan/perkhidmatan yang tidak memuaskan? Contohnya makanan tidak memuaskan.
Sila isi Borang Aduan Pelanggan yang terdapat di kaunter dan kemukakan kepada penyelaras kursus untuk tindakan selanjutnya.

Soalan 10
Jawapan
Adakah kursus dijalankan pada waktu malam?
Ya, bagi sesetengah kursus.

Soalan 11
Jawapan
Adakah ILKAP mengadakan sesi lawatan selain dari ceramah?
Ya, bergantung kepada kesesuaian kursus. Contohnya lawatan ke Jabatan Kimia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Makmal Forensik Cheras, Persidangan Dewan Rakyat, Dewan Negara, Palace of Justice dll..

Soalan 12
Jawapan
Adakah kedai dobi, gymnasium dan makmal komputer disediakan bagi kemudahan peserta kursus?
Ya.

Soalan 13
Jawapan
Adakah peserta dibenarkan menggunakan kemudahan internet di Pusat Sumber ILKAP?
Ya.

Soalan 14
Jawapan
Apakah teknik penyampaian ceramah di ILKAP?
Syarahan, Kajian Kes, Latihamal, Perbincangan Sindiket, Mock Trial, lawatan dan tayangan video.

Soalan 15
Jawapan
Adakah ILKAP menganjurkan program kerjasama diantara agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan?
Ya, bagi Program Kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan, ILKAP mengadakan kursus-kursus tersebut di setiap zon seperti Zon Timur, Zon Tengah, Zon Selatan dan juga di Sabah dan Sarawak.

Soalan 16
Jawapan
Bagaimanakah caranya sekiranya pelanggan ILKAP ingin mencadangkan kursus-kursus baru?
Pihak Tuan boleh menulis surat kepada pihak ILKAP dan beri cadangan kursus dan kurikulum. Pihak ILKAP akan menetapkan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum untuk menetapkan kandungan kursus dan penceramah.

Soalan 17
Jawapan
Adakah pihak ILKAP melayan permohonan para peserta dari Luar Negara untuk mengikuti kursus di ILKAP?
ILKAP tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan kursus bagi peserta Luar Negara. Namun demikian, pihak ILKAP boleh menjalankan kursus untuk mereka sekiranya ianya dijalankan di bawah Program Bantuan Teknikal Malaysia (MTCP) melalui Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Soalan 18
Jawapan
Apakah kemudahan yang terdapat di ILKAP? Adakah kemudahan tersebut boleh disewa? Sekiranya boleh, berapakah kadar sewanya?
Kemudahan yang terdapat di ILKAP adalah seperti bilik kuliah, auditorium, dewan serbaguna, alat bantuan mengajar, mahkamah Moot, makmal komputer, komputer, kemudahan fotostat, penginapan, dewan makan, kantin, kemudahan sukan dan pengangkutan. Ya, kemudahan ini sememangnya disewakan kepada pelanggan. Untuk keterangan lanjut mengenai kemudahan tersebut dan kadar sewanya, sila layari laman web ILKAP.