Laman Rasmi Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)
Majlis Iftar Perdana ILKAP 2018
Majlis Iftar Perdana ILKAP 2018

Majlis Iftar Perdana ILKAP 2018 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan ILKAP telah diadakan dari 22 Mei 2018 bermula jam 6.30 petang di Surau ILKAP. Majlis telah dihadiri oleh warga ILKAP bersama keluarga serta diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Anita Harun, Ketua Pengarah ILKAP dan suami, tetamu jemputan serta pelajar tahfiz dari Pondok Tahfiz Haji Nordin, Kampung Rinching Hilir. Program dimulai dengan jamuan berbuka puasa, diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjamaah serta diakhiri dengan jamuan moreh sebelum beransur pulang.


Majlis Jasamu Dikenang dan Makan Malam ILKAP 2018
Majlis Jasamu Dikenang dan Makan Malam ILKAP 2018

Majlis Jasamu Dikenang dan Makan Malam ILKAP 2018 yang bertemakan "Hitam Putih Kehidupan" anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan, ILKAP telah diadakan pada 27 April 2018 di Hotel Tenera, Bangi. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato" Anita Harun, Ketua Pengarah ILKAP.

Majlis turut meraikan Puan Rosnah binti Khalid yang akan bersara wajib pada bulan September 2018. Para tetamu telah disajikan dengan persembahan karaoke, acara santai dan juga cabutan nombor bertuah serta anugerah Pertandingan Pakaian Terbaik.


ILKAP Speaker Series (ISS) BIL. 1/2018
ILKAP Speaker Series (ISS) BIL. 1/2018

Pada 5 April 2018, telah berlangsungnya program ILKAP Speaker Series (ISS) di Auditorium ILKAP. Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman di kalangan pengamal undang-undang mengenai isu perundangan terkini di Malaysia. YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohamed Apandi bin Haji Ali, Peguam Negara telah menarik perhatian peserta dengan syarahan bertajuk "THE GUARDIAN OF PUBLIC INTEREST : THE MODERN APPROACH AND ITS CHALLENGES". Program ini turut dihadiri oleh YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum, Hakim Besar Sabah & Sarawak.


Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perhimpunan Bulanan ILKAP Bil.1/2018
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perhimpunan Bulanan ILKAP Bil.1/2018

Pada 23 Mac 2018, ILKAP telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Perhimpunan Bulanan ILKAP Bil.1/2018. Majlis dimulakan dengan perutusan daripada Ketua Pengarah ILKAP diikuti dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 dan Anugerah Penjawat Contoh Dwi-Tahunan (APCD) (Julai - Disember 2017). Majlis diteruskan dengan Slot Ceramah Khas bertajuk "Pembinaan Sikap Positif dan Personaliti Pekerja Cemerlang" yang disampaikan oleh Encik Aswandi bin Omar, Pegawai Psikologi, Kementerian Kerja Raya, Malaysia.


Ceramah : Pencerahan Permasalahan 4S-Sihir, Santau, Susuk, Saka
Ceramah : Pencerahan Permasalahan 4S-Sihir, Santau, Susuk, Saka

Program Ceramah : "Pencerahan Permasalahan 4S - Sihir, Santau, Susuk, Saka" anjuran Biro Agama, Pendidikan dan Pembangunan Keluarga telah diadakan pada 7 Februari 2018, jam 9.30 pagi di Auditorium, ILKAP. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan, YBhg. Ustaz Ab. Rashid bin Hj. Ahmad, Pengamal Perubatan Islam, Pusat Rawatan Darussyifa'. Selain itu, program dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai untuk menyertai Kempen Derma Darah di Lobi ITITC dan Hari Jualan 2018 yang turut diadakan di Anjung Auditorium.


Jom Sihat ILKAP
Jom Sihat ILKAP

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Jom Sihat ILKAP. Tahniah kepada para pemenang.


Ceramah : Mencari Rezeki Yang Berkat
Ceramah : Mencari Rezeki Yang Berkat

Program Ceramah : "Mencari Rezeki Yang Berkat" anjuran Biro Agama, Pendidikan dan Pembangunan Keluarga telah diadakan pada 19 Januari 2018, jam 1:00 tengahari di Auditorium, ILKAP. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah jemputan, YBhg. Ustazah Norhafizah binti Musa, Penceramah Selebriti. Selain itu, Hari Jualan 2018 yang menyediakan pelbagai jualan turut diadakan di Anjung Auditorium.


Bengkel Dokumentasi MS ISO 9001:2015
Bengkel Dokumentasi MS ISO 9001:2015

Satu bengkel dalaman ILKAP iaitu Persediaan dan Penyediaan Dokumentasi, Terma Rujukan dan Standard Proses Kerja Ke Arah Pelaksanaan Pentauliah Dan Pensijilan MS ISO 9001:2015 telah diadakan pada 16 dan 17 Januari di bangunan MTCP ILKAP. Bengkel dikendalikan oleh Tuan Mazlan Bin Yahya, peceramah dalaman ILKAP. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berhubung keperluan konteks organisasi dalam ILKAP terhadap keperluan MS ISO 9001:2015.