Laman Rasmi Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)

PENGENALAN

Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) telah ditubuhkan susulan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Mac 1992 dan mula beroperasi pada 23 Disember 1993. Jemaah Menteri juga telah memutuskan supaya ILKAP diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

VISI

Peneraju kecemerlangan pembangunan modal insan dalam bidang kehakiman dan perundangan yang terkemuka menjelang tahun 2020.

MISI

Peningkatan pengetahuan, kompetensi dan profesionalisme pegawai kehakiman dan perundangan serta pegawai penguat kuasa undang-undang dengan menyediakan latihan yang relevan, berkualiti dan berkesan.

OBJEKTIF

Meningkatkan pengetahuan, kepakaran dan kualiti perkhidmatan pekhidmat awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam bidang kehakiman dan perundangan dan penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.

FUNGSI

PIAGAM PELANGGAN

Kami adalah komited untuk menyediakan program latihan yang berkualiti selaras dengan hala tuju ke arah peningkatan kecekapan, kecemerlangan dan profesionalisme pegawai-pegawai kehakiman dan perundangan serta pegawai-pegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang:

Kami berjanji akan: